Info. Terkini

Friday, April 13, 2018

Mencipta Logo Dalam Tempoh 5 Minit


Jom tengok caranya...
1) Pergi ke laman http://www.designevo.com/   
2) Boleh mendaftar menggunakan akaun Facebook...


3) Boleh mula membuat pilihan template berdasarkan tema / genre yang dikehendaki. 4) Sekiranya anda ingin mencipta logo sendiri, boleh klik kat START FROM SCRATCH. (Rujuk point ke-7 juga ye...


5) Masukkan nama (persatuan ke bisnes ke nama sendiri ke... Hehe) yang dikehendaki... Kemudian, jika ada Slogan atau maklumat, boleh masukkan di ruangan yang disediakan tu... Kalau tetiba masa tu korang blank, tak tau nak tulis apa, boleh tulis kemudian ye... Hehe... So, no worries! :)


6) Boleh mulakan projek korang. Ubahsuai jenis font, saiz, gambar dll. Memang banyak pilihan gambar (icon) dan juga font (Text) yang fancy dan letoppss! Hehe...


7) Yang ni kalau korang nak cipta logo sendiri... Boleh pilih icon, susun cantik-cantik 2-3 icon/shapes untuk dijadikan suatu logo yang awesome! Oh ya, warna icon/shapes dan latar belakang boleh diubahsuai mengikut citarasa anda ya... 


Sebenarnya, pada saya aplikasi ini bukanlah terhad untuk mencipta logo sahaja tetapi kita juga boleh cipta clipart kita sendiri dengan syarat kita memiliki BASIC account. Ini kerana BASIC account membolehkan kita save gambar beresolusi tinggi tu dalam format png. (tanpa latar belakang)... Walau bagaimana pun, BASIC account memerlukan anda membuat bayaran sebanyak $19.99 untuk sekali bayar. Jadi, jika anda sememangnya berminat dengan dunia grafik, memiliki BASIC account adalah suatu bonus untuk anda mengembangkan kreativiti anda mencipta lebih banyak icon, gambar dll dalam format png. Kalau korang nak guna yang free version pun dah okay! Korang masih boleh download hasil karya korang tu dalam laptop walaupun hanya menggunakan versi percuma! Hehehee... 


COmplete!!!
Share:

0 comments:

Post a Comment

Jumlah Pengunjung

Labels

Labels