Info. Terkini

Friday, April 13, 2018

Hasilkan sijil dengan reka bentuk profesional menggunakan aplikasi Canva

Aplikasi sebegini bukan sahaja membolehkan anda membina poster atau infografik. Mereka menawarkan format rekabentuk grafik yang pelbagai seperti grafik untuk media sosial, kulit buku dan sebagainya. Anda juga boleh menetapkan sendiri saiz kanvas anda.penggunaan template yang disediakan dapat membantu menjimatkan masa ada lantas meningkatkan produktiviti kerja anda.
Menjadi kebiasaan dalam setiap program anjuran sekolah, sijil merupakan dokumen pembuktian terpenting diberikan kepada para peserta.Dalam sesebuah program akan terdapat satu sub jawatankuasa dibentuk untuk mengurus hal-hal sijil, hadiah dan cenderamata.
Apa kata jika anda diberi tugasan menghasilkan sijil, guna sahaja aplikasi Canva.
Canva merupakan aplikasi grafik berasaskan web yang versatil serta mudah digunakan.
Catatan kali ini saya kongsikan bagaimana anda boleh menghasilkan sijil yang berkualiti menerusinya.
Nota: Versi dalam siri demo ini adalah aplikasi web Canva.

1. Daftar akaun di https://canva.com


Anda boleh juga mendaftar menggunakan akaun Google atau Facebook


Pilih ‘Certificate’ untuk menyunting sijil anda


Pilih reka bentuk kesukaan anda. Canva menawarkan banyak templat menarik secara percuma


Masukan pelbagai elemen grafik jika mahu


Pilihan teks dengan rupa fon yang pelbagai dan menarik


Mengubah latar


Suntingan reka bentuk latar memberi kesan rupa yang berbeza


Anda boleh memuat naik fail imej anda sendiri


Anda juga boleh mengimport imej dari laman Facebook anda



2. Export fail



Setelah sijil siap kini masa untuk eksport dan muat turun


Pilihan jenis/format fail untuk dimuat turun


Proses import fail yang pantas


Complete…. sijil anda siap!


Reference : http://cikgusiber.com/buat-sijil-dengan-canva/

Share:

0 comments:

Post a Comment

Jumlah Pengunjung

Labels

Labels