Info. Terkini

Friday, April 13, 2018

Bina QR Code untuk rangkaian WiFi


QR Code digunakan secara meluas sejak akhir-akhir ini termasuklah dalam industri pembankan untuk urusan nirtunai. 
Dalam pendidikan juga terdapat guru-guru yang kreatif mengaplikasikan QR Code ini dalam modul atau buku yang mereka hasilkan.
Hari ini, saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk anda log masuk rangkaian Wi-Fi dengan mudah tanpa memasukkan katalaluan. Anda hanya perlu imbas sahaja menggunakan QR reader
Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam dewan seminar yang besar atau sederhana. Penganjur hanya perlu memaparkan QR Code di skrin atau menampal pada sudut-sudut tertentu.
Selain itu ianya juga berkesan untuk pelindungan kata laluan anda agar tidak bocor, terutamanya di sekolah.   
Di rumah pula, ia dapat menyelesaikan masalah anda yang selalu lupa katalaluan jika tetamu bertandang dan mahu menggunakan Internet. 😅
Baiklah, untuk demo saya akan gunakan aplikasi QRAFTER di iOS. Untuk Android anda mungkin boleh menggunakan QR Droid.
Muat turun QRAFTER (App Store)

Pengguna Apple, anda boleh mendapatkan aplikasi ini di App Store secara percuma (dengan sokongan iklan)


Pilih Create dan Wi-Fi Network untuk mula mencipta QR code anda


Masukkan maklumat SSID (nama rangkaian Wi-Fi) dan katalaluan anda kemudian tekan Create


Tadaaa, QR code anda telah sedia, kemudian pilih ikon berikut untuk save atau share


Anda juga boleh print terus jika ada wireless printer

Kedua-dua aplikasi (QRAFTER dan QR Droid) ini juga menyokong pembinaan QR Codebagi business card, kalendar, pautan web, pemetaan dan sebagainya.
Untuk membaca QR Code tersebut, fungsi kemera pada peranti Apple (dengan iOS 11) sedia terbina dengan sistem pengimbas kod QRAnda tidak memerlukan aplikasi tambahan. 😎
Untuk peranti Android (model peranti tertentu yang tiada pengimbas QR terbina) anda perlu memuat turun aplikasi QR reader dari Play Store.

Reference : http://cikgusiber.com/log-masuk-automatik-wi-fi-menggunakan-qr-code/

Share:

0 comments:

Post a Comment

Jumlah Pengunjung

Labels

Labels