Info. Terkini

Friday, March 30, 2018

Membuat Form Attendant menggunakan Visual Basic


Assalamualaikum..hai
Sila download file dibawah dan fahamkan..:-)

https://thinfi.com/1yeh

Share:

Wednesday, March 28, 2018

Tuesday, March 20, 2018

Mencipta aplikasi di smartphone

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat Tutorial ICT...Alhamdulillah semakin ramai yang berminat terhadap dunia teknologi ni...

Baik...petang ni...(di negeri-negeri Semenanjung dan salam maghrib kepada sahabat-sahabat yang berada di Sabah dan Sarawak)....
Saya ingin berkongsi berkenaan mencipta aplikasi yang berbentuk pdf ...dan inshaAllah sangat membantu kita dalam membuat rujukan sesuatu perkara...contohnya RPT/Pengurusan Sekolah/Resepi atau bermacam-macam lagi...

Sila klik pautan ini dulu...

https://www.appsgeyser.com/


Klik LOGIN..dan lengkapkan maklumat-maklumat email dll..jika nak mudah,sign up dengan facebook sahaja ...
Jangan lupa :white_check_marI agree with the Terms of Service tu ...



Klik pada CREATE APP...
Klik New untuk melihat dan klik Create an Tab PDF app tu...
Jangan risau...pembinaan app melalui web ini..Free sahaja...


Klik NEXT...



Pilih Upload PDF file...pastikan fail tu berbentuk PDF ...jika belum,convertkan dulu...antaranya melalui WPS...dan Fail TIDAK melebihi 20mb...



Klik Upload file warna hijau tu...


Saya memilih fail dari Documents..


Pilih di mana fail yang hendak di upload...



Saya nak cipta app tentang Nota Pengakap...supaya semasa aktiviti kokurikulum app ini akan saya jadikan rujukan kepada pelajar-pelajar dan penolong pemimpin lain.



Fail saya dah diuploadkan...Langsung sahaja NEXT lagi...



Lengkapkan nama aplikasi anda...dan NEXT lagi...



Lengkapkan lagi Desciption tu...buh jaa
NEXT lagi...



Uploadkan image bagi app yang ingin anda hasilkan...pilihla image yang bersesuaian...





Pilihlah image ..sama ada langsung dengan capture gambar atau yang telah didownload...



Selepas klik image yang bersesuaian...maka akan naik image tadi sebegini...dan sahabat-sahabat boleh crop .
Jika sahabat-sahabat tidak memilih upload image...simbol app anda akan tersedia secara auto ...tetapi kurang bersesuaian dengan pdf/app nanti
NEXT lagi...




Lihat no 1..dah full warna hijau tu..
Sahabat-sahabat boleh klik CREATE



Jika naik paparan ni sekali lagi..klik sahaja pada simbol fb tu ...



Alhamdulillah...app saya dah siap!!
Sahabat-sahabat boleh jika nak publishkan melalui playstore atau amazon

Baik...jika anda hendak sharekan link app tadi kepada rakan-rakan tertentu pun boleh...scroll ke bawah..(saya guna smartphone) untuk melihat barcode dan link app tadi

Baik...bagaimana nak download?...

Jika anda pencipta app tu..klik sahaja download di bawah simbol barcode ..


App sedang didownload


Klik anak panah...atau boleh juga publishkan...


Klik OK...
Jangan risau tentang ayat di atas tu...saya dah buat beberap aplikasi,setakat ni Alhamdulillah..



Download dah complete...klik pada fail apk yang di download tu.



Akan keluar paparan ni..klik Allow once...



Boleh juga lihat di setting>file>APK

Paparan ini akan keluaq..klik Next
Install...
Selesai...sahabat-sahabat boleh melihat app tadi dengan klik Open...



Share:

Sunday, March 18, 2018

Green Screen Dengan OBS

Asslamualaikum dan salam sejahtera...alhamdulillah dah sampai tutorial ke 200..terima kasih kepada yg sudi ikut tutorial simpel2 ni.

Kali ni nak kongsi tentang perisian streaming OBS...selalu dok guna wirecast..tapi OBS pun sempoi jugak...banyak benda boleh buat dengan OBS...nak rakam, nak stream online ke Youtube, Facebook..semua boleh.

sila donwload link seperti berikut : http://gg.gg/OBS_software 

Tutorial 1



















Tutorial 2

kali ni nak cerita tentang cara nak masukkan logo sebagai latar...konsep masukkan logo atau GS ni sama mcm kita dok edit video..kalau sapa besa edit video, maka tak jadi masalah.

contoh saya pasang 2 kmera dalam OBS
latar belakang saya masih kekalkan video loop

contoh

adalah barang harus diingat akan dia..jika nak masukkan 2 kamera, maka kita kena add 2 Video Capture Device mcm contoh di atas


2 capture device mewakili 2 kamera, kalau 3 kena add 3 capture device
Baik...sedia...kita mulakan

ikut step di atas, dengan tambah Image
klik Browse dan cari logo yang nak dimasukkan,sebaik2 format ialan PNG, supaya latar belakang logo transparent

logo dah masuk
kalau yang format JPG, latar putih dok ada..nampak tak berpa nak cantik

format PNG tak ada latar

selesai!!!!






Share:

Mengkolaboratif email penerima di dalam Google Form

Asalamualaikum dan selamat petang...sihat ke...hehehe...moga-moga begitulah hendaknya nooo...inshaAllah...yang kurang sihat,carilah penawar disertakan dengan do'a...

Baik...sedikit perkongsian berkenaan Google Form...contoh Form yang saya sediakan ialah berkaitan dengan pemantauan kebersihan kelas tahun 2018...Oleh kerana ingin menjimatkan penggunaan kertas dan kononnya ingin beralih kepada zaman digital...saya ubah borang-borang yang kadang entah di mana letaknya.Maklumlah,yang pegang bukan sorang...hehehe..jadi,saya cipta melalui Google Form,beberapa kriteria berkaitan pemantauan kebersihan kelas yang perlu diisi oleh guru-guru bertugas pada setiap hari .Dan pemenang keceriaan kelas akan diperolehi pada setia[ penghujung minggu dan bulan.

Google Form sangat mudah..kerana ada summary dengan carta bar dan sebagainya sebagai bahan rujukan nanti.Semua tu boleh saja diprint jika keadaan memerlukan .

Baik...dalam Google taipkan www.google.com.Pastikan sign in dengan email anda.bukan email sekolah,supaya mudah untuk anda access maklumat yang diperolehi.

Dalam tutorial sebelum ini,telah ada ditunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk masuk ke Google Form...hehehe

 Mulakan seperti ini...seterusnya cari lah Google Form...

Saya andaikan anda telah pernah membuat Google Form ye...sebab telah ada ditutoriakan pada sebelum ini...
Misal kata anda hendak add email Penolong Kanan HEM ,kerana bidang tugas yang berkait...Klik pada titik tiga di sebelah kanan anda,dekat dengan email anda..dan pilih Add Collaborators...

Pastikan pilih Specific People...hanya orang-orang tertentu.


 Invite People ..masukkan email individu tersebut...klik simbol pen di tepi kanan untuk membenarkan individu berkenaan tu boleh mengedit perkara-perkara di dalam Form yang anda cipta .
dan...done...

Individu berkenaan akan menerima email daripada anda sebagai pemakluman .


Baik...langsung saja,klik link di atas dan sharekan di dalam group bertugas anda .Untuk lebih molek,singkatkan url tu melalui tiny.com / gg.gg.com customizekan dengan nama yang bersesuaian . Mengajar , belajar dan bekerja bersama teknologi...sangat memudahkan.InshaAllah... #Sampaikan ilmu walaupun sedikit semoga bermanfaat

Share:

Jumlah Pengunjung

Labels

Labels